Blog Header Pic

Jebak-Merbuk-Nyatoh Jebak-Merbuk-Ranting-001 Jebak-Merbuk-Ranting-002 Jebak-Tekukur-Biasa Jebak-Ranting-Merbuk Jebak-Merbah Jebak-Merbuk-Nyatoh-002 Multi-Jebak-Merbuk-ranting

Monday, April 2, 2012

KOS POSLAJU

A. Pos Laju

Disebabkan banyak orang dok tanya saya pasai apa mahal sangat harga pos.
Ini adalah kerana saya menggunakan perkhidmatan POSLAJU.

Sebagai contoh
Barang saya akan packing didalam kotak bersaiz 55cm(P) x 35cm(L) x 25cm(T)

Jadi pengiraan berat (Volumetric weight) adalah:-
VW = [(P) X (L) X (T)]/6000
VW = 48125/6000
VW = 8.02 kg

Berat sebenar kalau ditimbang katalah:-
BS = 3.45kg

Jika VW > BS maka poslaju akan mengguna pakai berat VW

Untuk pengiraan kos anda boleh lawati pos laju disini

Katalah harga dapat:-
H = RM40
Harga H pula perlu didarab dengan
15% fuel surcharge
10% handling charges
6% GST

Jumlah MISC charge adalah 31% daripada RM40 adalah CH = RM12.40

Kos lain-lain seperti beli kotak, kertas pembalut dan lain2 CL = RM10

Jadi jumlah kos pos adalah:-
JK = H + CH + CL
JK = RM40 + RM12.40 + RM10
JK = RM62.40